Monday 20 August 2012

Tuesday 17 July 2012

Ramadhan bulan Barokah...
Semuga ALLAH menjadikan Ramadan ini yang terbaik bagi kita...

Thursday 19 April 2012

Rindu padaMu Ya Rasulullah SAW




Rindu padaMu Ya Rasulullah SAW 

Ya Rasulullah SAW,
HadirMu membawa semulia ketenangan dan kebenaran,
Tidak terbalas derakan tapak kaki muliaMu meniti setiap pelusuk hati umatMu,


Ya Rasulullah SAW,
Izinkanlah kami menjadi umatMu yang sebenar-benar umat,
Janganlah dipalingkan wajahMu dari kami yang penuh dengan noda dan khilaf ini,
Tarikkanlah ke lautan mahabbah cinta pada Allah SWT, bersamaMu ya Rasulullah SAW,


Ya Rasulullah SAW,
Benarkanlah kami mencium tapak kakimu yang mulia dengan mulut kami yang hina ini,
Semoga bersih segala kekotoran pada lidah dan mulut kami,


Ya Rasulullah SAW,
Benarkanlah kami memeluk kakiMu yang penuh kesucian dengan tubuh kami yang penuh kekotoran ini,
Semoga dengannya bersih kekotoran kami dengan syafaatMu Ya Rasulullah SAW,


Ya Rasulullah SAW,
Kami hadapkan wajah kealpaan kami pada syafaatMu, bawalah kami kepada keredhaan Allah SWT,

Pimpinlah kami kepada keampunan Allah SWT,


Tunjukkanlah kami jalan ke pintu syurga Allah SWT,


Ya Rasulullah SAW,
Rindu padaMU tidak pernah luput,
Peritnya Dikau menanggung pedih,
Betapa perit juga kami mengenangkannya,


Ya Rasulullah SAW,
Izinkanlah kami memegang secebis dari jubahMu,
Agar dapat kami berjalan denganMU,
Kami beriringan bersamaMu,
Tiada terhingga mahabbahMu pada umat,
Betapa setiap waktu itu bagaikan terhenti disaat Dikau bersuara,
Malam menjadi siang tatkala Dikau mengukir senyum,
Siang menjadi penuh bercahaya tatkala Dikau memandang wajah-wajah umatMu penuh kasih sayang,
Kekasih bagi segala kekasih,
Tiada tergambar pedih sakitMu, 
Menanggung kesusahan demi umatMu,
Sesungguhnya Dikau sentiasa bersama kami dengan Rahmat Allah SWT,

Rindu padaMu Ya Rasulullah SAW


-secebis luahan rindu dari umat yang dhaif lagi miskin-

Monday 16 April 2012

Habib Umar di Masjid Al Falah USJ 9

Assalamualaikum warahmatullah,

Bagi yang berkesempatan...


BLASTING: Jadual Kuliah TIAF Terkini !

Sumber: http://terapi-alfatah.blogspot.com/



Tajuk : Urut Saraf dan Urut
Tarikh : 12 -13 Mei 2012 ( Sabtu & Ahad)
Masa : 10am – 5pm
Tempat : TIAF, Teluk Mas, Melaka.
Yuran : RM300 (Awam) RM 260 (Ahli TIAF) (Sijil, Nota & Jamuan)
Cara Pendaftaran adalah seperti berikut :

taip URUT (jarak) Nama Penuh&K/P (jarak) Hadir dan hantar pada nombor 019-6727627.
Berikut adalah pengisian yang akan dikongsikan:

Hari Pertama ( Teori & Kefahaman )

- Mengenal urat besar dan urat kecil
- Konsep bakat dan ilmu (seiring)
- Displin urut (sebelum, semasa, selepas)
- Teknik urutan (kaedah urut 7 & Kaedah urut 9)
- Kaedah mencari urat berpenyakit, urat bermasalah
- Teknik urutan masalah Lemah Tenaga batin (tanpa perlu mengurut alat sulit)
- Teknik asas urutan kepala
- Teknik asas urutan angin ahmar
- Teknik urutan terseliuh
- Teknik urutan pecah angin
- Teknik urutan mata
- Teknik urutan penyakit-penyakit asas
- Kaedah menghasilkan minyak urut
- Amalan-amalan

Hari Kedua

( Kaedah Praktikal )

PENGIJAZAHAN

*****************************************************************************************

Tajuk : Warisan Kaedah Ulama Nusantara
Tarikh : 19hb Mei 2012 ( Sabtu)
Masa : 10am -5pm
Tempat : TIAF, Teluk Mas, Melaka
Yuran : RM100 (Awam) RM80 (Nota & Jamuan)
Pendaftaran : Sms KUN (jarak) nama penuh & no k/p ke talian 0196727627
Pengisian:
Amalan, petua dan senaman dalam penjagaan kesihatan rohani dan jasmani
Kaedah Merawat penyakit melalui pernafasan
Kaedah Merawat penyakit melalui zikir
Kaedah mengesan punca penyakit
Dan lain-lain amalan dan pengijazahan yang akan disyarah pada hari kuliah.

****************************************************************************************

Tajuk : Angin Ahmar & Rawatan
Tarikh : 20hb Mei
Masa : 10am – 5pm
Tempat : TIAF, Teluk Mas, Melaka
Yuran : RM 120 (Awam) RM 80 (Ahli TIAF)
Pendaftaran : Sms Angin Ahmar (Jarak) nama penuh & no k/p ke talian 019-6727627

*****************************************************************************************

Tajuk : Kaedah Ulama Nusantara( Kuantan)
Tarikh 26-27 Mei 2012 (Sabtu & Ahad)
Masa : 9am -5pm
Tempat : Kompleks Perdagangan Mahkota Pahang
Pendaftaran : Sila rujuk Cikgu Nuar Kuantan 017-9779070

***************************************************************************************

Tajuk : Bekam Lanjutan – Mengenali Titik Besar & Kecil (Titik Penyakit)
Tarikh : 3hb June 2012 (Sabtu)
Masa : 10am -5pm
Tempat : TIAF, Teluk Mas, Melaka
Yuran : RM150 (Awam) RM120 (Ahli TIAF)
Pendaftaran : Sms Bekam Lanjutan (Jarak) nama penuh & no k/p ke talian 019-6727627
Syarat : Kepada pembekam yang sudah mempunyai asas bekam sahaja.
Pengisian :
Kaedah Pengesanan Titik-titik saghir dan kabir
Kaedah perletakan titik mengikut jenis penyakit fizikal dan rohani
Rahsia Al Hajjam (Ahli Bekam)
Dan lain-lain kaedah serta amalan, InsyaALLAH.

***********************************************************************************

Tajuk : Huruf Hijaihiyah, Rahsia & Kaedah  dalam Rawatan
Tarikh : 9hb June 2012 (Sabtu)
Masa : 10am – 5pm
Tempat : TIAF, Teluk Mas, Melaka.
Yuran : RM150 (Awam) RM120 (Ahli TIAF)
Pendaftaran : Sms Huruf (Jarak) Nama penuh & No K/p ke talian 019-6727627
Pengisian :
Rahsia Huruf Hijaihiyah
Perletakan Huruf pada kedudukan tubuh
Perkaitan huruf dengan Penyakit dan Rawatan
Kaedah Rawatan Hurufiah
Dan lain-lain kaedah serta amalan, insyaALLAH.

************************************************************************************

Tajuk : Sihir & Saka, Permasalahan Serta Rawatan
Tarikh : 16 June 2012 ( Sabtu)
Masa : 8am -530pm
Tempat : Politeknik Muadzam Shah, Pahang
Pendaftaran : Sila merujuk Ustaz Badrul, Politeknik Muazam Shah, Pahang

************************************************************************************

Tajuk : Tauhid & Pengubatan
Tarikh : 23 -24hb June 2012 (Sabtu & Ahad)
Masa : 9am – 530pm
Tempat : Hotel Telang Usan, Lot 2431, Block 1, Miri
Pendaftaran : Sila rujuk di SINI
Pengisian : Sila rujuk di SINI

**************************************************************************************

Tajuk : Diagnos dan Rawat Penyakit Fizikal Kaedah Tradisional Alamiah
Tarikh : 30hb June 2012 (Sabtu)
Masa : 10am -530pm
Tempat : TIAF, Teluk Mas, Melaka
Yuran : RM 150 (Awam) RM120 (Ahli TIAF)
Pendaftaran : Sms diagnos rawat (jarak) nama penuh & no k/p ke talian 019-6727627
Pengisian :
Kaedah Diagnos penyakit menurut kaedah Tradisional  (yang pasti bukan ‘scan’)
Kaedah Mengenal rawatan yang sesuai kepada masalah yang dihidapi
Kaedah Pengadunan bahan rawatan
Dan lain-lain amalan serta kaedah akan dikongsikan. InsyaALLAH.

**********************************************************************************

Tajuk : Talaqqi Khusus Bersanad - 7 Hari (Pulau Besar)
Maklumat Sila rujuk di SINI


 Semoga dipermudah ALLAH bagi segala urusan sesama kita.

Wassalam.

Saturday 7 April 2012

Ahlan Wasahlan Wamarhaban Bikum

Salamun Alaikum ,

Selamat datang ke blog rasmi TIAF zon tengah.

Alhamdulillah Persatuan Terapi Islam Al Fatah Malaysia telah ditubuhkan dengan rasminya. Mesyuarat Agung Pertama TIAF yang berlangsung pada 25/04/2012 telah membuka tirai baru dalam membawa hala tuju TIAF dalam ruang lingkup Perubatan Islam.

Perubatan Islam ini amat luas pengertiannya , justru ia perlu diperkemaskan lagi dengan susunan gerak kerja yang tersusun dan rapi. Keperluan untuk menubuhkan persatuan adalalah suatu langkah yang amat kritikal dalam membawa misi dan visi perubatan Islam kesuatu tahap yang lebih tinggi.

Namun apa yang paling penting adalah mewujudkan suatu gerak kerja yang sistematik selaras dengan perubahan zaman. Ini tidak bermakna kita perlu merubah kaedah atau dasar perubatan itu tetapi apa yang berubah adalah sentuhan dan pendekatannya kepada masyarakat.

TIAF Zon Tengah akan menjadi peneraju dan membawa bendera TIAF di daerah ini, insyaAllah.

Semuga Allah merahmati perjuangan kita.

Bihaqqi Bismillah,Wabillah, Waminallah,Wailallah...

Ismail Rubani
Pengerusi.