Saturday 7 April 2012

Ahlan Wasahlan Wamarhaban Bikum

Salamun Alaikum ,

Selamat datang ke blog rasmi TIAF zon tengah.

Alhamdulillah Persatuan Terapi Islam Al Fatah Malaysia telah ditubuhkan dengan rasminya. Mesyuarat Agung Pertama TIAF yang berlangsung pada 25/04/2012 telah membuka tirai baru dalam membawa hala tuju TIAF dalam ruang lingkup Perubatan Islam.

Perubatan Islam ini amat luas pengertiannya , justru ia perlu diperkemaskan lagi dengan susunan gerak kerja yang tersusun dan rapi. Keperluan untuk menubuhkan persatuan adalalah suatu langkah yang amat kritikal dalam membawa misi dan visi perubatan Islam kesuatu tahap yang lebih tinggi.

Namun apa yang paling penting adalah mewujudkan suatu gerak kerja yang sistematik selaras dengan perubahan zaman. Ini tidak bermakna kita perlu merubah kaedah atau dasar perubatan itu tetapi apa yang berubah adalah sentuhan dan pendekatannya kepada masyarakat.

TIAF Zon Tengah akan menjadi peneraju dan membawa bendera TIAF di daerah ini, insyaAllah.

Semuga Allah merahmati perjuangan kita.

Bihaqqi Bismillah,Wabillah, Waminallah,Wailallah...

Ismail Rubani
Pengerusi.

No comments:

Post a Comment